Hi,
Saya sertakan link "Executive summary" Pelan Pembangunan Pendidikan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita hari ini Sep 11. Ianya dalam B.I. http://www.scribd.com/doc/105558948/Malaysia-Education-Blueprint-2013-2025-Executive-Summary
11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN
Tuesday 11 September 2012
Monday 10 September 2012
PPISMP PR3611: Pengantar Pend: Apakah pendapat anda tentang movie Ron Clark?
Hi,
Selepas menonton video tentang Ron Clark, sila kongsikan refleksi anda. Adakah pengalaman Ron Clark memerangsangkan anda sebagai seorang bakal guru?
Ron mencuba Double Dutch skipping dengan pelajar-pelajarnya! |
Mr. Ron Clark memperkenalkan Peraturan Kelas : We are family! |
Ron cuba mempertingkatkan keyakinan salah seorang pelajarnya |
Monday 13 August 2012
PPISMP PRA3 & DPLI PAKK - Biar aku jadi lilin..SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI
Thursday 9 August 2012
PPISMP PRA3 Pengantar Pendidikan... Bahan utk dikongsikan
Hi, sila download dan baca buku tentang Pelan Strategik Interim Kem. Pelajaran kita. Banyak maklumat yang sangat berguna untuk mengemaskinikan pengetahuan anda semua tentang Pendidikan di negara kita. http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Pelan%20Strategik%20Interim%20KPM%202011-2020.pdf . Ada komen?
Wednesday 8 August 2012
DPLI PAKK - Pengalaman Berasaskan Sekolah
Hi semua pelajar DPLI PAKK, Sila berkongsi pengalaman anda di sekolah. Ada apa-apa yang menarik? Saya dan En. Awang sangat ingin mendengarnya!
Friday 27 July 2012
PPISMP Prasekolah PR3 - Perbincangan Pengantar Pendidikan - Profesion Keguruan
Semua pelajar yang saya hormati, sila beri pendapat anda tentang profesion perguruan. Pada pendapat anda, apakah imej yang paling sesuai sekali dikaitkan dengan guru? Contohnya, orang kata, "Guru bagai lilin!". Anda bagaimana pula? Kenapa anda kata sedemikian? Terima kasih.
Tuesday 10 July 2012
Projek Taman Pembelajaran kita
Hi semua,
Terima kasih kepada mereka yang dapat "turun" untuk bersama-sama mengemaskan kawasan masing-masing di Taman Pembelajaran kita di Pusat Prasekolah. Harus lebih kerap - sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.
Terima kasih kepada mereka yang dapat "turun" untuk bersama-sama mengemaskan kawasan masing-masing di Taman Pembelajaran kita di Pusat Prasekolah. Harus lebih kerap - sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.
Monday 7 May 2012
Pertandingan Inovasi Lay and Play
Syabas kepada Isma, Aziz, Francisca dan Jesamine kerana berjaya mewakili kumpulan PPISMP Major Prasekolah 3 dalam pertandingan inovasi yang bertajuk "Lay and Play". Pengalaman yang diperolehi tentunya sangat berharga untuk kumpulan ini. Terima kasih juga kerana sudi mengambil cabaran untuk bersama-sama dengan saya dalam projek ini. Saya percaya banyak ilmu yang dapat diperolehi oleh anda semua.
Wednesday 15 February 2012
DPLI Pend Awal Kanak-kanak ----Bermain dengan buih sabun
Hi semua pelajar DPLI, harap anda seronok dengan aktiviti bermain dengan buih. Sebenarnya tujuan saya ialah memperkenalkan dan menerangkan Tunjang Sains dalam Kurikulum Std Prasekolah Kebangsaan. Sila berkongsi refleksi anda tentang aktiviti itu. Apakah yang anda belajar?
Subscribe to:
Posts (Atom)