Tuesday, 11 September 2012

PPISMP PR3611:Pengantar Pend: Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

Hi,
Saya sertakan link "Executive summary" Pelan Pembangunan Pendidikan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita hari ini  Sep 11. Ianya dalam B.I. http://www.scribd.com/doc/105558948/Malaysia-Education-Blueprint-2013-2025-Executive-Summary




11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN

7 comments:

  1. Guru akan dijadikan profesion berprestij
    11/09/2012 - Dipetik dari Berita Harian online

    KUALA LUMPUR: Guru akan dijadikan profesion berprestij dan bertaraf elit, yang hanya mengambil 30 peratus siswazah paling cemerlang di negara ini, demikian menurut cadangan Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

    Dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini, laporan awal tentang rangka tindakan itu menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran akan melaksanakan dengan ketat standard kemasukan bagi memastikan setiap pengambilan guru pelatih memenuhi kelayakan akademik minimum yang ditetapkan. Ini sejajar dengan satu daripada 11 anjakan yang digariskan di dalam dokumen ke arah mentransformasikan sistem pendidikan negara - mentransformasikan jawatan guru agar menjadi profesion pilihan utama.
    Rangka tindakan awal itu menyatakan Kementerian Pelajaran akan berganding bahu dengan Institut Pendidikan Guru dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah dinaik taraf bagi melahirkan guru seperti yang dihasratkan.

    Ia juga menyatakan bahawa mulai 2013, beban guru dalam bidang pentadbiran akan diringankan bagi membolehkan mereka memberi fokus terhadap tugas mengajar.

    "Ini akan dicapai dengan memperkemas dan mempermudahkan proses pengumpulan data dan pengurusan sedia ada. Sesetengah fungsi pentadbiran juga akan dipindah kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru khusus pentadbiran di peringkat sekolah," kata laporan itu.

    Kementerian Pelajaran juga bercadang melaksanakan kemajuan kerja berasaskan kecekapan dan prestasi menjelang 2016, apabila guru diberi penilaian setiap tahun oleh pengetua masing-masing, dengan inputnya mungkin diberi rakan setugas mereka.
    "Malah, guru paling baik mungkin dinaikkan pangkat daripada DG41 kepada DG54 dalam tempoh lebih cepat berbanding tempoh kenaikan pangkat purata sedia ada iaitu 25 tahun," kata laporan itu.

    Laporan itu seterusnya berkata guru yang menghadapi masalah untuk mencapai kualiti minimum pula akan diberi bimbingan sokongan tambahan untuk membantu mereka kembali berada di landasan sewajarnya.

    "Guru yang sering mencatat prestasi rendah, walaupun sudah menerima sokongan tambahan, akan diberi tugas lain yang mempunyai kaitan dengan fungsi sekolah seperti pentadbiran, pegawai tatatertib atau pengurusan kokurikulum," kata laporan itu. - BERNAMA

    ReplyDelete
  2. Pelan Pembangunan Pendidikan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pada Sep 11 ini akan menjadikan profesion dalam bidang pendidikan berprestasi dan bertaraf tinggi. dan terdapat 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini yang akan memberi banyak input serta faedah terutama pada masa kan datang.

    ReplyDelete
  3. 11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia sangat membantu dalam memartabatkan profesion perguruan , walaupun saya telah melihat sesetengah pihak yang kurang berpuas hati mengenai pelan ini di laman sosial kerana mereka menganggap bukan profession perguruan sahaja yang patut dibanggakan tetapi profession lain juga, saya sangat bersyukur kerana kami masih diberi peluang untuk jaminan penempatan pelatih dan saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang ini ...:)

    ReplyDelete
  4. this blue print is really important and it's a grand work tat will be done by our country.
    Profesion keguruan memang perlu dinaiktarafkan untuk melahirkan warga yang berilmu tinngi dan seterusnya negara kita dapat bertanding serta bersaing dengan negara lain. pendidikan merupakan langkah yang perlu diutamakan secepat mungkin. bagi saya, blue print ini perlu dilaksanakan dengan langkah yang efficient supaya dapat mendapat kesan yang berkesan. Dream Big, Take Risks...!!

    ReplyDelete
  5. Pelan pembangunan ini penting bagi menaiktaraf pendidikan dalam negara kita. Dalam memberi saingan kepada pendidikan negara luar, pelan ini merupakan langkah yang baik. pelan ini juga memberi kesedaran kepada guru-guru dan juga bakal pendidik untuk tidak lagi mengabaikan tanggungjawab masing2 dalam tugasannya. Secara keseluruhannya, usaha ini amat baik untuk masa depan negara yang lebih cerah..that's how all the teachers now must set a big dream and ready to take the risks..

    ReplyDelete
  6. Pelan Pembangunan Pendidikan ini sangat penting dalam memajukan dan mentransformasikan pendidikan negara kita. Pelan ini merupakan satu langkah yang terbaik dalam melahirkan warganergara yang berilmu dan mempunyai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif disamping dapat bersaing dengan luar negara. Oleh itu, saya berharap pelan ini dapat dijayakan oleh semua pihak agar hasrat dan usaha kerajaan tercapai.

    ReplyDelete
  7. Pelan Pembangunan Pendidikan ini sangat penting bagi bakal guru dan untuk meningkatkan lagi taraf pendidikan di negara kita. Walaupun sistem pendidikan di negara kita sentiasa berubah, namun kita sebgai bakal guru mestilah menjadi pembangkin perubahan ini untuk menjadikan sistem pendidikan negara kita menjadi yang lebih baik.

    ReplyDelete