Tuesday 11 September 2012

PPISMP PR3611:Pengantar Pend: Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

Hi,
Saya sertakan link "Executive summary" Pelan Pembangunan Pendidikan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita hari ini  Sep 11. Ianya dalam B.I. http://www.scribd.com/doc/105558948/Malaysia-Education-Blueprint-2013-2025-Executive-Summary




11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN

Monday 10 September 2012

PPISMP PR3611: Pengantar Pend: Apakah pendapat anda tentang movie Ron Clark?

Hi,
Ron mencuba Double Dutch skipping dengan pelajar-pelajarnya!
Selepas menonton video tentang Ron Clark, sila kongsikan refleksi anda. Adakah pengalaman Ron Clark memerangsangkan anda sebagai seorang  bakal guru?
Mr. Ron Clark memperkenalkan Peraturan Kelas : We are  family!
Ron cuba mempertingkatkan keyakinan salah seorang pelajarnya

Monday 13 August 2012

PPISMP PRA3 & DPLI PAKK - Biar aku jadi lilin..SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI

Saya tertarik dengan respon anda semua tentang imej guru - mari kita berhibur dengan lagu Biar aku jadi lilin... ada di antara anda yang kata Guru bagai lilin, menerangi segala nya untuk murid!  SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILFITRI khas untuk pelajar yang beragama Islam! Selamat Bercuti untuk yang lain!

Thursday 9 August 2012

PPISMP PRA3 Pengantar Pendidikan... Bahan utk dikongsikan

Hi, sila download dan baca buku tentang Pelan Strategik Interim Kem. Pelajaran kita. Banyak maklumat yang sangat berguna untuk mengemaskinikan pengetahuan anda semua tentang Pendidikan di negara kita. http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Pelan%20Strategik%20Interim%20KPM%202011-2020.pdf . Ada  komen?

Wednesday 8 August 2012

DPLI PAKK - Pengalaman Berasaskan Sekolah

Hi semua pelajar DPLI PAKK, Sila berkongsi pengalaman anda di sekolah. Ada apa-apa yang menarik? Saya dan En. Awang sangat ingin mendengarnya!

Friday 27 July 2012

PPISMP Prasekolah PR3 - Perbincangan Pengantar Pendidikan - Profesion Keguruan

Semua pelajar yang saya hormati, sila beri pendapat anda tentang profesion perguruan. Pada pendapat anda, apakah imej yang paling sesuai sekali dikaitkan dengan guru? Contohnya, orang kata, "Guru bagai lilin!". Anda bagaimana pula? Kenapa anda kata sedemikian? Terima kasih.

Tuesday 10 July 2012

Projek Taman Pembelajaran kita

Hi semua,



Terima kasih kepada mereka yang dapat "turun" untuk bersama-sama mengemaskan kawasan masing-masing di Taman Pembelajaran kita di Pusat Prasekolah. Harus lebih kerap - sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.