Tuesday 10 July 2012

Projek Taman Pembelajaran kita

Hi semua,



Terima kasih kepada mereka yang dapat "turun" untuk bersama-sama mengemaskan kawasan masing-masing di Taman Pembelajaran kita di Pusat Prasekolah. Harus lebih kerap - sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.

13 comments:

  1. Projek taman pembelajaran "Roda Warna" adalah hasil projek kumpulan kami.Apa yang menarik pada stesen roda warna kami adalah kanak2 dpt mempelajari tentang warna.Justeru,kk bukan sahaja dpt bermain tetapi dapat belajar tentang warna. Pada saya, projek taman pembelajaran ini amat berkesan dalam mambantu perkembangan kk.Walaupun projek ini memakan masa, tenaga dan wang ringgit, tetapi pada saya ia berbaloi kerana saya dapat mempraktikkan semula projek ini apabila saya telah mengajar kelak.Apa yang penting, keberkesanan p&p itu mendatangkan keseronokan kpd kk dengan bermain sambil belajar di Projek Taman Prasekolah.

    ReplyDelete
  2. Saya percaya bahawa pembinaan Taman Pembelajaran ini mampu memberi faedah dan kebaikan kepada kanak - kanak di pra sekolah.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, saya rasa Taman Pembelajaran akan membantu kanak-kanak dalam pelajaran mereka. Taman Pembelajaran ini juga akan mengindahkan persekitaran prasekolah.

    ReplyDelete
  4. Taman Pembelajaran yang berwarna-warni memang dapat menarik perhatian dan secara tidak langsung telah melahirkan suasana yang harmoni dan selesa kepada kanak-kanak yang aktif. Selain itu, pelbagai tema yang ada dalam pra sekolah memang sesuai bagi kanak-kanak untuk belajar.

    ReplyDelete
  5. Taman pembelajaran ini amat sesuai sekali. Ini dapat membantu dalam pebelajaran kanak - kanak praskolah. Selain belajar dalam kelas juga, di kawasan taman ini juga boleh kita gunakan untuk menjalankan aktiviti P&P kepada kanak - kanak prasekolah.

    ReplyDelete
  6. pada pendapat saya, Taman Pembelajaran ini sangat berfaedah dan banyak memberi kesan kepada kanak-kanak terhadap pembelajaran mereka.

    ReplyDelete
  7. Setiap daripada kita setuju bahawa taman pembelajaran ini banyak memberi input terhadap pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Oleh itu, taman pembelajaran ini harus kita semua manfaatkan sepenuhnya dan kita sama-sama meningkatkan lagi fungsi taman ini untuk mendatangkan lagi banyak input.

    ReplyDelete
  8. bagus taman pembelajaran ini. sangat berfaedah.

    ReplyDelete
  9. Kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang agak berbeza jika berbanding dengan belajar dalam kelas sahaja.Mereka dapat menerima ilmu pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan dengan lebih cepat dan berkesan.Ini sebab mereka bukan sahaja belajar melalui buku teks sahaja tetapi dapat melibatkan diri dalam proses menanam bunga dan sebagainya.

    ReplyDelete
  10. Projek Taman Pembelajaran ini sesuai dilaksanakan di semua pusat prasekolah. Hal ini kerana, ia satu proses kepada kanak-kanak untuk lebih memahami tentang alam persekitaran seperti deria pendengaran, rasa, lihat dan hidu. Sebagai contoh, dari segi deria pendengaran kanak-kanak boleh mendengar bunyi kicauan burung, unggas dan lain-lain. Dari segi deria rasa, lihat dan hidu boleh dipraktikkan melalui bau-bauan bunga, rasa buah-buahan yang terdapat di taman ini dan sebegitunya. Apa2pun, taman pembelajaran ini dapat membawa diri seorang guru itu lebih bersifat kreatif dan tidak terkongkong kepada buku teks yang disediakan oleh KPM.

    ReplyDelete
  11. Saya bersetuju dengan pendapat dan komen- komen yang telah dinyatakan oleh rakan saya. Projek Taman Pembelajaran bukan sahaja dapat dijadikan sebagai tempat pembelajaran, malah taman tersebut dapat mengindahkan dan menceriakan taman prasekolah dengan membuat suatu perubahan yang baru. Dengan cara begitu, kanak - kanak prasekolah sudah tentu bersemangat untuk belajar dan pergi ke sekolah setiap hari.

    ReplyDelete
  12. Taman pembelajaran harus diceriakan lagi dengan tanaman bunga yang berwarna cerah

    ReplyDelete