Wednesday 15 February 2012

DPLI Pend Awal Kanak-kanak ----Bermain dengan buih sabun



Hi semua pelajar DPLI, harap anda seronok dengan aktiviti bermain dengan buih. Sebenarnya tujuan saya ialah memperkenalkan dan menerangkan Tunjang Sains dalam Kurikulum Std Prasekolah Kebangsaan. Sila berkongsi refleksi anda tentang aktiviti itu. Apakah yang anda belajar?

16 comments:

  1. Saya dpt mempelajari teknik2 meniup buih yang berlainan. Saya juga dpt mempelajari konsep buih tersebut seperti konsep memasukkan jari ke dalam biuh tersebut. Ini dapat memberi pengalaman baru kepada saya.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Aktiviti ini sangat bagus untuk dilakukan bersama kakak-kanak terutamanya semasa aktiviti P&P. Aktiviti ini boleh dijadikan salah satu aktiviti yang memberikan pengalaman sebenar kepada kanak-kanak (experience learning). Tambahan pula dengan fitrah kanak-kanak yang suka kepada aktiviti bermain (belajar melalui bermain). Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti rangsangan untuk mengesan dan mengembangkan potensi yang ada dalam diri kanak-kanak..

    ReplyDelete
  3. Bermain buih sabun? di dalam kelas? pada usia 29 tahun? Ia sungguh menyeronokkan!! hingga akhir kelas masih ada yang cuba meniup sabun ke dalam gelembung sabun yang berjaya dihasilkan. cabarannya, hasilkan seberapa banyak gelembung tanpa memecahkan gelembung di luarnya dan saya berjaya!! :)

    ReplyDelete
  4. Bagi saya, aktiviti bermain dengan buih sangat menyeronokkan dan dapat menarik minat kanak-kanak. Kanak-kanak akan dapat menjana minda dan berfikir secara kreatif berhubung dengan aktiviti berkenaan. Aktiviti ini juga boleh membantu memperkembangkan aspek bahasa, komunikasi, rohani dan moral, serta aspek perkembangan emosi.

    ReplyDelete
  5. satu projek yang menyeronokkan kerana kami dapat belajar untuk mengembangkan potensi dalam diri kanak-kanak. melalui aktiviti ini kanak-kanak boleh mengenal saiz, warna, bentuk dan cahaya. kami telah mengaplikasikan aktiviti ini dalam menyiapkan projek "Rainbow Circle"...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Mr.Lim kerana memperkenalkan aktiviti bermain dengan buih sabun. Saya Hanisah binti Mansor DRPR11211. Saya bukan sahaja berasa seronok dengan aktiviti tersebut, malah saya mendapat pengetahuan bahawa aktiviti ini adalah termasuk dalam Tunjang Sains.Aktiviti ini boleh saya aplikasikan apabila saya mengajar prasekolah kelak sebagai aktiviti di bawah tunjang Sains. Pada saya, aktiviti ini menjadikan kanak-kanak seronok kerana kanak-kanak akan membuat sendiri buih sabun tersebut, seterusnya meniup buih sabun tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Kanak-kanak akan belajar tentang bagaimana buih sabun itu terhasil. maka, kanak-kanak akan mengetahui sesuatu tentang buih sabun. Justeru, saya klasifikasikan aktiviti ini sebagai aktiviti menarik serta kanak-kanak boleh belajar melalui bermain.

    ReplyDelete
  7. aktiviti yg sgt mnarik untuk dilakukan bersama-sama kanak-kanak prasekolah...malah ia merupakan pengalaman baru bagi saya dan ia boleh juga dilakukan bersama-sama kanak-kanak lain...saya pasti akan melakukan aktiviti ini lagi pada masa akan datang.....

    ReplyDelete
  8. Hi..sepanjang aktiviti bermain dengan buih yang telah dijalankan,saya banyak belajar tentang konsep mcm mana hendak memastikan kelikatan buih tersebut agar buih yang dihasilkan lebih tahan lama..selain daripada itu,aktiviti ini boleh mematangkan psikomotor halus kerana kita menggunakan jari untuk bermain dengan buih tersebut selain daripada alat yang disediakan untuk aktiviti ini..saya enjoy :)

    ReplyDelete
  9. Aktiviti ini amat menyeronokkan kerana saya dapat membancuh dan menghasilkan buih-buih sabun sendiri, dan yang paling penting saya dapat praktikkan pada knk2 prasekolah apabila mengajar kelak.Bersesuaian dgn pendekatan "belajar melalui bermain", knk2 akn merasa seronok bermain disamping mempelajari beberapa perkara berkaitan dgn sains.

    ReplyDelete
  10. Bagi saya aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana kanak-kanak dapat bermain dan belajar. Saya akan aplikasikan aktiviti ini pada kanak-kanak prasekolah nanti, yang mana mereka dapat menghasilkan buih sabun sendiri. mereka pasti berasa seronok dan teruja untuk membuat dan meniup buah sabun sendiri seperti saya melakukannya.TQ MR LIM..

    ReplyDelete
  11. Aktiviti bermain dengan buih merupakan satu aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak prasekolah. Apabila diberi peluang untuk menghasilkan sendiri buih-buih sabun itu memberi pengalaman yang bermakna buat saya. Sebelum ini, saya hanya tahu satu cara sahaja untuk menghasilkan buih. Melalui pembelajaran ini, saya memperolehi pelbagai cara untuk menghasilkannya. Ilmu dan pengalaman ini telah saya pratikkan dan diaplikasikan kepada anak-anak saudara saya. Mereka sungguh gembira dan teruja.

    ReplyDelete
  12. Aktiviti bermain dengan buih menggunakan sabun adalah aktiviti yang pernah saya lakukan semasa kecil. Namun, tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa aktiviti yang mudah ini dapat membantu guru menjadi lebih kreatif. Eksperimen memasukkan jari ke dalam buih tanpa sabun dan ada sabun rupanya mempunyai perbezaan! Aktiviti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak dan membantu kanak-kanak berkembang dari aspek kognitif. Terima kasih kepada Mr Lim kerana memperkenalkan pelbagai kaedah meniup buih.Pengalaman ini amat berguna kepada guru-guru pelatih. Sebagai bakal guru pra sekolah, sudah tentu saya akan mengaplikaskan aktiviti ini bersama anak-anak murid saya. :-)

    ReplyDelete
  13. untuk mentor kami, En. Lim.. saya berharap selepas ini, aktiviti ini akan dapat kami (PRA 3) lakukan mungkin pada sesi mentoring akan datang. ia nampak sangat menyeronokan! :)

    ReplyDelete
  14. aktiviti yg sgt menyeronokkan dan bermakna. seperti kembali menjadi kk semula.sy seronok apatah lg jika aktiviti ini dilaksanakan kepada kk. saya pasti akan melakukan aktiviti ini bersama bkl murid sy nant:)

    ReplyDelete
  15. Aktiviti ini sangat menarik di mata saya bukan sahaja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dalam tunjang sains tetapi boleh memberikan manfaat untuk perkembangan anak-anak

    ReplyDelete
  16. Aktiviti yg menyeronokkan...sudah lama tidak bermain dengan buih sabun..Sya yakin aktiviti ini mmg ssuatu yg dinantikan oleh kanak - kanak prasekolah...sya berharap aktiviti sprti ini akan diteruskan dengan mewujudkan aktviti yg lebih seronok supaya kanak - kanak dapat mempelajari ssuatu di samping bermain brsma2 dgn guru dan rakan mereka.

    ReplyDelete