Wednesday 8 August 2012

DPLI PAKK - Pengalaman Berasaskan Sekolah

Hi semua pelajar DPLI PAKK, Sila berkongsi pengalaman anda di sekolah. Ada apa-apa yang menarik? Saya dan En. Awang sangat ingin mendengarnya!

3 comments:

  1. Saya amat tertarik dengan cara guru prasekolah mengajar. Kedua-dua guru prasekolah iaitu seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan amat tegas tetapi mesra dengan kanak-kanak. Mereka juga banyak memberi kerjasama kepada saya. Prasekolah ini begitu menarik, cantik dan berwarna-warni. Perasaan saya berkobar-kobar untuk menjadi guru prasekolah suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. seminggu yang menyeronokkan..saya banyak berkongsi pendapat dan juga pengalaman dengan guru prasekolah dan juga pembantu pengurusan murid memandangkan ada certain fail dan rekod di uruskan oleh ppm.sekarang mood beraya dan kemerdekaan melanda prasekolah di sini. murid-murid di prasekolah ini juga aktif dan memberi kerjasama yang amat baik.

    ReplyDelete
  3. pertama kali saya masuk ke prasekolah, saya rasa saya seperti celebriti. mana tidaknya, kanak-kanak mengerumuni saya dan saya ditemu ramah! pelbagai soalan yang diajukan oleh kanak-kanak prasekolah,ini menunjukkan yang mereka sangat aktif dan mempunyai kemahiran interpersonal. majoriti murid2 prasekolah juga sudah pandai membaca. saya begitu kagum dengan guru prasekolahnya.

    ReplyDelete