Friday 27 July 2012

PPISMP Prasekolah PR3 - Perbincangan Pengantar Pendidikan - Profesion Keguruan

Semua pelajar yang saya hormati, sila beri pendapat anda tentang profesion perguruan. Pada pendapat anda, apakah imej yang paling sesuai sekali dikaitkan dengan guru? Contohnya, orang kata, "Guru bagai lilin!". Anda bagaimana pula? Kenapa anda kata sedemikian? Terima kasih.

23 comments:

  1. Guru seperti PELANGI. Hal ini kerana, guru itu mewarnai kehidupan anak-anak didiknya dengan kasih sayang bukan sekadar ilmu pengetahuan sahaja dan mewarnai dari segala aspek .Contohnya, guru boleh jadi apa sahaja,jadi doktor,petani,penyanyi,pelakon,kawan,ahli keluarga,dan sebagainya. Pelangi itu boleh dikaitkan dengan guru kerana guru itu mempunyai pelbagai potensi,berinovasi dan berkualiti dalam melahirkan insan yang pro aktif,berdaya saing dan berilmu pengetahuan yang tinggi. Di samping itu, guru dapat melakarkan kebahagiaan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak didiknya. Sekian ^-^

    Nama : Dayang Nur Fasihah Bt Awg Zaidi

    ReplyDelete
  2. Guru ibarat jam.Tanpa jam kita tidak mengetahui waktu dan apabila kita tidak mengetahui waktu,kita tidak menghargai masa.Kita seolah-olah buta masa.Begitu juga guru,guru ibarat jam yang memberi pengetahuan kepada kita.Tanpa guru,kita tidak mungkin mengenali apa itu ABC dan 123.:)Jacinth anak Marin

    ReplyDelete
  3. bagi pendapat saya.... Guru Bagai Cermin Mata.. Orang yang rabun diibarat murid-murid yang kabur dlam pembelajaran.... Cikgu ibarat cermin mata kerana cermin mata membuat pengluhatan orang rabun menjadi lebih jelas.. begitu juga dengan murid-murid... guru memberi ilmu bagi menjelaskan lagi pengetahuan murid-murid.... -jasZ Mintz_

    ReplyDelete
  4. Guru ibarat jambatan kejayaan. ini kerana guru merupakan orang yang memberi bimbingan dan dorongan kepada anak muridnya menuju kejayaan. Jambatan membawa maksud jalan yang dilalui oleh murid dalam menuju ke arah kejayaan. tanpa guru, murid akan terkial-kial dalam mencari jalan ke arah kejayaan.

    Nama : Dayang Azizah Binti Abang Jama'aludin

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, guru bagai kamus. Guru berilmu sebagai kamus. Guru menyampaikan ilmu yang ada pada mereka kepada murid. Guru juga dapat menjawab soalan-soalan daripada pelajar bagai. kamus dapat memberi makna kepada perkataan yang tidak difahami oleh pelajar. Kee Ling Ying

    ReplyDelete
  6. sorry.. typing error.. hahahaa.... penglihatan....

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya,guru ibarat internet. Hal ini disebabkan guru mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih luas, informasi yang banyak dan boleh berkongsi ilmu kepada orang lain pada bila-bila masa.

    ReplyDelete
  8. Cikgu ibarat laut. Laut membayangkan ilmu yang tiada batasan dan tiada sempadannya. Murid yang diajar "roll their own boat" di lautan yang pernuh dengan cabaran. Cikgu lahh yang merupakan orang yang mengajar ilmu kepada mereka untuk mengatasi segala rintangan dalam hidup mereka.

    ReplyDelete
  9. Pada pendapat saya, guru boleh diumpamakan seperti pelangi. Hal ini kerana,gurulah yang mewarnai dan mencorakkan masa depan para pelajarnya.Daripada tiada mempunyai ilmu sehinggalah berilmu pengetahuan, gurulah yang menadahkan ilmu dan dan segala pengetahuan yang ada dengan hati yang ihklas. Tanpa pelangi, masa depan pelajar tidak dapat diwarnai dengan warna2 yang indah kerana warna2 itu umpama ilmu yang mewarnai kehidupan ssorg pljr .Sekiranya ketujuh - tujuh warna pelangi tersebut mewarnai kehidupan pelajar, sudah semestinya pelajar itu akan berjaya dalam hidupnya.

    Dara Suliana ak Play ppismp pr3611....

    ReplyDelete
  10. Guru ibarat "mutiara" kerana mutiara adalah satu harta yang sangat berharga begitulah juga jasa seorang guru yang banyak mencurahkan ilmu kepada pelajar.Walaupun pada hakikatnya mutiara hanya terdapat di dasar laut.Kemuliaan hati seorang guru terselindung disebalik wajahnya,wataknya dan kerjayanya begitulah juga kekayaan yang tersembunyi disebalik cengkerang tersebut.

    nama: rosmawati binti tuah

    ReplyDelete
  11. GURU IBARAT "HIPERBOLA"

    Hiperbola dalam gaya bahasa bermaksud sesuatu yang berlebih-lebihan. saya menggunakan "GURU IBARAT "HIPERBOLA" kerana guru itu boleh menjadi pelbagai watak dalam menjadi seorang guru..

    guru juga boleh menjadi hakim...
    guru juga boleh menjadi polis..
    guru juga boleh menjadi tukang cuci..
    guru juga boleh menjadi doktor..
    guru juga boleh menjadi ibubapa..
    guru juga boleh menjadi pemandu..
    guru juga boleh menjadi tukang kayu..
    guru juga boleh menjadi artis...
    guru juga boleh menjadi seperti itu,ini dan sebagainya...
    guru itu sesuatu yang berlebih-lebihan..
    i love to be a teacher :D

    nama: nurus dhashiela binti roslan

    ReplyDelete
  12. guru umpama berus warna.Berus warnayang mencorakkan kertas atau lukisan yang kosong.Begitu juga guru,telah mencorakkan kehidupan murid.Ilmu yang diberi oleh guru kekal, dan akan terus mewarnai hidup seseorang tersebut hingga akhir hayat.:)

    by Penny Rinta anak Ngelambong :)

    ReplyDelete
  13. guru umpama surat khabar kerana ia memberi ilmu pengetahuan kepada orang. selain itu, ia penting seperti guru kerana memberi berita terkini kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  14. Guru sebagai kunci untuk membuka hati dan minda pelajar-pelajar.Setiap pelajar memerlukan segugus kunci untuk menolong mereka mendapat ilmu pengetahuan yang berguna serta dapat mengkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka dalam hidupan. C:

    ReplyDelete
  15. Pada pendapat saya, imej guru ini sesuai dilambangkan dengan PERMATA. Hal ini kerana, imej permata itu sendiri membawa satu nilai yang amat berharga. Begitulah juga peranan dan fungsi guru itu yang amat bernilai dan bermakna kepada kita. Kilauan cahaya yang dikeluarkan oleh permata itu seperti ilmu yang dicurahkannya kepada kita. Ilmu yang dicurahkannya itu mampu menerangi kegelapan tatkala kita mencari-cari erti kehidupan dan mencari siapa diri kita sebenarnya. Siapalah kita dimuka bumi ini tanpa mereka kerana tanpa mereka kita tak mampu mengenal abjad, nombor dan lain-lain. Begitulah juga, dengan ilmu dicurahkan oleh guru itu, kita mampu mengungkapkan dalam pelbagai aspek termasuklah ekonomi, pembangunan negara dan lain-lain. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.
    *Hargailah guru-guru anda. Terima kasih, cikgu!!!
    Oleh : Aziz Ahim

    ReplyDelete
  16. GURU IALAH SUPERHERO !!
    knp?? professional sbg guru bukan sekadar menyampaikan ABC... 123...guru akan berdepan dgn pelbagai jenis situasi, 1001 ragam manusia, berliku cabaran dsbgnya. Smstinya superhero ada superpower nya. banjir, pelajar sakit, bekalan elektrik terputus, ada bumbung yang bocor, kekurangan tenaga pekerja memasak, dan byk lagi. pada ketika inilah guru akan menggunakan superpower mereka sbgai ahli bomba utk membersihkan bekas banjir, sbg doktor utk merawat murid yg sakit, sbg 'electrician' utk memperbaiki bekalan elktrik yg trputus, sbg tukang untk mprbaiki bumbung yg bocor, dn sbgnya. -"Desperate time call for desperate measures!"
    GURU IALAH SUPERHERO !!

    "To teach is to learn twice."
    - Joseph Joubert (1754-1824) French moralist.

    ReplyDelete
  17. Pada pendapat saya, imej guru ini sesuai dilambangkan sebagai bulan yang menerangi malam yang kegelapan. Bulan tidak pernah lupa untuk menerangi bumi pada waktu malam. Begitu juga guru yang tidak pernah jemu untuk memdidik anak muridnya supaya mendapat ilmu untuk menjadi bekalan di kemudian hari. Bulan juga dapat menerangi jalan - jalan yang dalam kegelapan malam dan begitu juga ilmu yang guru sampaikan itu dapat membuka jalan untuk murid - muridnya mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
  18. Guru ibarat 'ahli silap mata'. Pada masa yang tertentu,guru mampu berubah atau merubah sesuatu. Terbitnya fajar menjadi 'puteri',mengajar dan mendidik anak muridnya ke arah yang cemerlang. Terbenamnya matahari menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya yang memerlukan perhatian yang sentiasa menyayangi anak-anaknya. Sifatnya yang tiba-tiba boleh marah,dan menjadi gembira. Guru berubah pada masa dan tempat yang tertentu. Selain itu, guru seperti ahli silap mata mampu membuat pelbagai perkara seperti mengajar, melukis, menulis, bermain, menghias,menyanyi, bercerita dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Guru boleh diibaratkan sebagai sebuah mesin serbaguna..ini kerana guru memainkan pelbagai peranan dalam kerjayanya sebagai seorang guru..bahkan guru juga memainkan peranan yang terletak diluar peranannya sebagai seorang guru..seperti yang kita sedia tahu guru menjadi seorang hakim apabila murid-muridnya bergaduh, guru sebagai seorang doktor apabila murid-muridnya tercederah dan sebagainya..namun terdapat juga sesuatu perkara yang guru tidak dapat lakukannya kerana guru juga manusia biasa..begitu juga dengan mesin serbaguna,,mesin serbaguna dapat melakukan pelbagai peranan namun terdapat limitnya sebagai sebuah mesin...guru selagi masih terdaya akan membantu seseorang itu untuk mengejar impiannya begitu juga dengan mesin serbaguna tersebut, selagi dapat berfungsi ia akan terus membantu tuannya untuk menyiapkan tugas tuannya sehingga tugas tuannya menjadi sempurna..oleh itu,,tugas guru amatlah mulia..tq ^^

    by : Claudia Vera Ronnie

    ReplyDelete
  20. Guru diibaratkan sebagai melodi. Tanpa melodi pincanglah lagu. Dengan melodi,ia dapat membentuk bermacam-macam jenis lagu. Sama ada lagu yang mempunyai makna ataupun sebaliknya.bDengan melodi yang bermakna dapat membentuk hasil lagu yang indah didendangkan. Disamping itu, melodi yang bermakna dapat menggambarkan lagu tersebut dari segi perasaan, keperibadian dan kehidupan seseorang. Malah dengan melodi juga dapat memperkenalkan lagu hingga ke puncak kejayaan.
    Nama:Norfarhana binti Inai (^^,)/

    ReplyDelete
  21. guru umpama air sungai yang mengalir tanpa perhentian.Walaupun ada rintangan yang datang,air sungai itu akan tetap mengalir.Guru sentiasa memberi ilmu tanpa mengira masa dan waktu.Walaupun terdapat pelbagai rintangan guru dalam mencurahkan ilmu,rintangan itu tidak akan menghalang keinginan guru untuk memberi ilmu kepada orang lain.Seperti air sungai yang disejat sedikit demi sedikit oleh cahaya matahari,begitulah pengorbanan yang telah dilakukan oleh para guru bagi memastikan anak muridnya berjaya.-empiangjuing-

    ReplyDelete
  22. Pada pendapat saya,guru umpama darah yang dipam oleh jantung. Kita memang sedia maklum bahawa darah amat diperlukan supaya jantung dapat berfungsi sekaligus sistem-sistem lain dalam badan juga turut bekerja.Tanpa darah,tidak mungkin jantung dapat berfungsi kan??selagi jantung mengepam darah, selagi itu manusia boleh hidup sehinggalah darah tidak lagi dipam oleh jantung. Guru merupakan insan yang amat diperlukan bagi mendidik generasi sekarang dan pada masa akan datang supaya menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara. Tanpa guru,maka tiadalah generasi yang mampu mengangkat martabat negara ke persada dunia..betul kan??darah menjadi keperluan bagi jantung dimana darah akan dipam oleh jantung apabila ia berfungsi..:)

    ReplyDelete
  23. Bagi saya objek atau imej yang sesuai sekali dikaitkan dengan guru ialah tongkat. Tongkat menjadi tempat untuk seseorang yang tidak berupaya untuk berdiri.begitu juga dengan murid yang lambat menangkap apa yang di ajar oleh guru dihadapan kelas. Oleh itu, guru menjadi tongkat kepada anak muridnya untuk tempat mereka berpaut dan juga untuk menjadi pentunjuk arah mereka untuk menuju kejayaan. Sekiranya murid itu menghadapi masalah,guru memainkan peranan yang penting untuk membangkitkan semangat mereka semula.

    ReplyDelete