Monday 17 October 2011

Projek KAMPUNGKU

Hi semua pelajar. Harap semua orang telah jelas tentang pelaksanaan Projek KAMPUNGKU kita. Sila buat  kajian tentang tempat tersebut dan dapatkan maklumat tentang asal usul maskot (jika ada) dan juga nama tempat. Jika tempat itu tidak ada maskot, apakah yang terkenal tentang tempat itu? Contohnya, Batang Ai, empangan Batang Ai dan tilapia; Bario dengan berasnya, Ba Kelalan dengan epalnya dan sebagainya. Harap kita dapat kumpulkan semua maklumat ini untuk buku kita nanti. Masa cuti banyak masa untuk anda buat kajian dan pengumpulan maklumat.