Monday, 7 May 2012
Pertandingan Inovasi Lay and Play
Syabas kepada Isma, Aziz, Francisca dan Jesamine kerana berjaya mewakili kumpulan PPISMP Major Prasekolah 3 dalam pertandingan inovasi yang bertajuk "Lay and Play". Pengalaman yang diperolehi tentunya sangat berharga untuk kumpulan ini. Terima kasih juga kerana sudi mengambil cabaran untuk bersama-sama dengan saya dalam projek ini. Saya percaya banyak ilmu yang dapat diperolehi oleh anda semua.
Wednesday, 15 February 2012
DPLI Pend Awal Kanak-kanak ----Bermain dengan buih sabun
Hi semua pelajar DPLI, harap anda seronok dengan aktiviti bermain dengan buih. Sebenarnya tujuan saya ialah memperkenalkan dan menerangkan Tunjang Sains dalam Kurikulum Std Prasekolah Kebangsaan. Sila berkongsi refleksi anda tentang aktiviti itu. Apakah yang anda belajar?
Wednesday, 30 November 2011
Monday, 17 October 2011
Projek KAMPUNGKU
Hi semua pelajar. Harap semua orang telah jelas tentang pelaksanaan Projek KAMPUNGKU kita. Sila buat kajian tentang tempat tersebut dan dapatkan maklumat tentang asal usul maskot (jika ada) dan juga nama tempat. Jika tempat itu tidak ada maskot, apakah yang terkenal tentang tempat itu? Contohnya, Batang Ai, empangan Batang Ai dan tilapia; Bario dengan berasnya, Ba Kelalan dengan epalnya dan sebagainya. Harap kita dapat kumpulkan semua maklumat ini untuk buku kita nanti. Masa cuti banyak masa untuk anda buat kajian dan pengumpulan maklumat.
Subscribe to:
Posts (Atom)