Monday 17 October 2011

Projek KAMPUNGKU

Hi semua pelajar. Harap semua orang telah jelas tentang pelaksanaan Projek KAMPUNGKU kita. Sila buat  kajian tentang tempat tersebut dan dapatkan maklumat tentang asal usul maskot (jika ada) dan juga nama tempat. Jika tempat itu tidak ada maskot, apakah yang terkenal tentang tempat itu? Contohnya, Batang Ai, empangan Batang Ai dan tilapia; Bario dengan berasnya, Ba Kelalan dengan epalnya dan sebagainya. Harap kita dapat kumpulkan semua maklumat ini untuk buku kita nanti. Masa cuti banyak masa untuk anda buat kajian dan pengumpulan maklumat.

3 comments:

  1. projek ini merupakan projek yang baik dan akan memberikan banyak manfaat kepada masyarakat terutama kepada generasi akan datang. saya berharap ianya akan berjaya dan berjalan dengan lancar

    ReplyDelete
  2. kawasan Limbang, maskot dia kerbau... dan sebahagian kampung di bahagian Limbang mempunyai maskot tersendiri. selain itu, keunikkan di Limbang juga ialah makanan ikan Tahai yang turut diperolehi di bahagian Lawas. Kaum Bisaya juga memberikan satu keunikkan kepada di daerah ini kerana kaum ini hanya boleh didapati di bahagian Limbang sahaja. itulah keunikkan Limbang walaupun jauh dari Kuching.

    ReplyDelete
  3. kumpulan kami telah berusaha mencari maklumat2 yang berkaitan dengan projek kampungku tetapi rata-rata maklumat yang diperolehi agak sedikit dan kami tidak dapat mengenal pasti apa yang istimewa di sesetengah tempat selain daripada senarai yang telah diberi kepada kami hari tu, tetapi kami akan berusaha mengumpul maklumat lagi nanti

    ReplyDelete